Tuesday, May 24, 2011

Pendidik...

Meniti hari-hari mendatang sebagai pendidik generasi akan datang... pelbagai dugaan & cabaran yg di tempuhi. kesabaran mendidik jiwa supaya kental & tabah... 
em.... menuntut kesabaran yang jitu..ketika hati gelisah mengenangkan nasib anak bangsa...
terkadang hati begitu sayu mengenangkan..apakah nasib anak bangsa ku..
terkadang fikiran ku melayang memikirkan kesanggupan ku untuk terus bertahan...
YA ALLAH...
Aku memohon ketabahan hati ini..
menempuh hari-hari mendatang...

Thursday, February 10, 2011

Detik bermulanya...

Melangkahkan kaki meneruskan perjuangan menuntut ilmu dengan penuh tabah. Akhirnya,aku berjaya diterima untuk meneruskan pengajian ku di tingkatan enam rendah di salah sebuah sekolah yang tidak begitu asing lagi namanya di Malaysia. Ku panjatkan rasa syukur ke hadrat ALLAH S.W.T di atas segala limpah kurnianya yang mengizinkan aku untuk berada di sini.Untuk sekian kalinya, aku bertemu rakan-rakan seperjuangan baru yang berasal dari seluruh pelusuk negara Malaysia tercinta ini. Tidak ku nafikan keindahan panorama sekolah ini sedikit sebanyak memukau pandangan ku tatkala hatiku masih belum mengenali keseluruhan sekolah ini. Abah dan mama mengiringiku melangkah ke kelas yang telah di tetapkan. Sungguh aku terkejut tatkala melihatkan rakan-rakan sekelas ku yang bilangannya suku dari kebiasaan jumlah pelajar yang sepatutnya berada di dalam kelas bagi sesebuah sekolah. Guru kelas ku menerangkan kepada abah dan mama bahawa jumlah bilangan pelajar di semua kelas di sekolah ini memang sedikit untuk memastikan perhatian dapat di tumpukan kepada para pelajar dan mengawal kualiti akademik sekolah. Sebelum abah dan mama pulang, sedikit pesanan di titipkan buat ku agar menuntut ilmu seikhlasnya dan dengar nasihat guru-guru disini. 
  setelah tamat waktu persekolahan, aku bersama Nisa', rakan sekelasku menuju ke asrama. aku di perkenalkan dengan rakan-rakan sedorm denganku.....bersambung....(^_^)

Tuesday, February 1, 2011

Waktu yang bermanfaat

siri bacaan masuk yg ke-4 tuk bln ni..hehehe...
So Excited when reading books...
meluaskan pembacaan..
teruskan membaca..
chaiyok3x...
kamsa hamnida...(^_^)

Wednesday, August 11, 2010

Pagi Ramadhan yang Ceria

Assalamualaikum...
Pagi pertama permulaan Ramadhan yang indah & damai...saujana mata memandang..selembut angin bertiup,diiringi kicauan burung yang menari di angkasa raya.. sedingin mataku memandang.. sesejuk hatiku di pagi nan indah...


hehehe....that's all...tu jelah tuk pg ni...


"Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna,
Agar dapat ku lalui dengan sempurna..."

أهلا وسهلا يا رمضان



Monday, August 9, 2010

Ramadhan Al-Mubarak

Tidak selamanya mata memandang dengan ramah...
Hati menilai dengan jernih..
Mulut berbicara dengan santun..
Janji yang tidak ditepati..
Walaupun tangan tidak terhulurkan 
Hanya ada satu kata yang terucap 
Dari hati yang Ikhlas menyambut Ramadhan Al-Mubarak yang suci... 
Mohon Maaf Zahir & Batin.

Sunday, August 8, 2010

Surat Untuk Adam dari Hawa...

Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah hawa,temanmu yang kau pinta semasa kesunyian disyurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi,tidak heranlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu.

Adam,
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih banyak jumlahnya dari kaummu dikala akhir zaman ini. Itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusannya, karena andainya Allah mentakdirkan jumlah kaummu mengatasi kaumku niscaya merahlah dunia ini dengan darah manusia. Kacau balau suasana Adam sesama Adam bermusuhan hanya karena Hawa.

Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil. Sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya juga. Jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah Yang mengharuskan adam beristeri lebih dari satu tetapi tidak melebihi empat orang dalam satu masa.


Adam,
Bukan karena banyaknya isterimu membimbangkan daku. Bukan karena sedikitnya bilanganmu memunsingkanku. Tetapi aku risau,gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Sejak dahulu telah kuketahui bahwa seharusnya aku tunduk tatkala telah menjadi isterimu. Patutlah terlalu berat lidahku berbicara untuk menyatakan isi hati ini. Namun sebagai hamba Allah, Aku sayang padamu.

Adam,
Sebagaimana didalam Al-Quran telah menyatakan yang engkau diberi kuasa terhadap wanita. Kau diberi amanah mendidikku. Kau diberi tanggungjawab untuk menjagaku,memperhatikan dan mengawasiku agar redha Allah sentiasa menaungi. Tetapi Duhai Adam, lihatlah dunia kini.


Apa yang telah terjadi terhadap kaumku?


Kini, Aku dan kaumku telah ramai yang mendurhakaimu. Banyak yang telah menyimpang dari jalan yang telah ditetapkan. Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Dijalan-jalan,dipasar,di bandar-bandar bukanlah tempatku. Jika terpaksa,aku keluar dari rumah seluruh tubuhku ditutup dari ujung rambut sehingga keujung kaki. Tapi realitanya kini, aku telah lebih dari yang sepatutnya.

Adam,
Mengapa kau biarkan daku begini? Selayaknya aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tetapi kini, aku jadi ibu,guru dan aku jugalah yang memikul senjata. Padahal engkau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tidak bekerja. Kau perhatikan saja aku naik tangga bambu. Apakah kau sekarang tidak seperti dahulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu kepadaku?

Adam,
Marahkah kau jika ku katakan terperosoknya hawa sekarang engkaulah yang harus dipersalahkan! Kenapa kau? Bukankah orang sering bicara, Jika anak jahat maka ibu bapak yang tidak pandai mendidik, Jika murid bodoh,guru tidak pandai mengajar. Jadi secara formulanya, Aku salah,kaulah penyebabnya!!!

Adam,
Kau selalu mengatakan, Hawa memang degil! Tidak mau dengar kata! Tidak mudah makan nasehat! Kepala batu! Tetapi duhai Adam, Seharusnya kau bertanya kepada dirimu, Siapakah teladanmu? Siapakah rujukanmu? Dalam mendidik aku yang lemah ini. Adakah teladanmu Muhammad s.a.w? Adakah rujukanmu Muhammad s.a.w? Adakah akhlak-akhlakmu boleh dijadikan contoh buat kami kaum Hawa?



Adam,
Sebenarnya kaulah imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikutmu-pengikutmu Karena kaulah amir. Jika kau benar maka benarlah aku. Jika kau lalai,lalailah aku. Lupakah kau duhai Adam? Kau punya satu kelebihan anugerah Allah. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Dan aku, akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam,gunakanlah ketinggian akalmu untuk membimbingku.

Pimpinlah tanganku karena aku sering lupa dan lalai. Seringkali aku tergelincir. Bimbing dan bantulah aku dalam menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah aku kalimah syahdu dari Allah agar duniaku sentiasa dijalan rahmah. Tiupkanlah roh jihad ke dalam dadaku agar aku mampu tetap menjadi mujahidah kekasih Allah subhana wata�ala.

Adam,
Andainya kau masih lalai karenamu sendiri. Masih segan mengikut langkah para sahabat baginda. Masih gentar mencegah mungkar. Maka kita tunggu dan lihatlah dunia ini akan hancur bila aku yang memerintah. Malulah engkau Adam. Malulah engkau pada dirimu sendiri. Wallahualam..

hari yang indah..detik bersamamu

Hari ku indah
hari-hari yang ku lalui indah bersamanya
setiap detik ku harapkan dia ada bersama ku
keindahan yang tidak dapat di ungkapkan
berseri-seri hari ku..
kau buat ku tersenyum kembali
hati ku berbunga-bunga...

mungkinkah bahagia kan muncul semula
setelah badai datang melanda sanubari ku
mungkinkah cinta masih menjadi setiaanya
ataukah hanya bayang-bayang yang ku kejar

namun
pabila di tangkap
bayang itu hilang...
ku kembali meraba di dalam kelam
mencari-cari cinta...